Background

Background

Silahkan klik beberapa gambar di bawah ini

  • image1
  • image2
  • image3
  • image4
  • image2
  • image1
  • image4
  • image3
Assalamualaikum. 



Firstly aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada yang TER-lalu blog HujanMenjerit yang dah dua minggu tak diupdate. Hihi. Nak kata aku malas, tak jugak sebab setiap kali aku balik kerja..aku kepenatan and secara tak langsung otak aku pun penat jugak. Dari aku update entry yang mengarut, baik aku biarkan ia bersawang untuk sementara. ok? 

Bila cakap pasal soal kepercayaan ni, aku akan cakap aku hanya percayakan keluarga aku and kawan baik aku. Aku tak cakap aku tak percaya langsung orang lain tu, just not 100% trust. Lagi-lagi boys. Opss, based on experienced actually. 





Nak dikatakan, bukan hanya pada boys korang jangan percaya 100% tapi pada girls, makcik pakcik, atuk nenek EXCEPT bayi yang baru lahir. ngeh! It is true actually kalau korang fikir semula. Maybe bukan korang yang setuju dengan apa yang aku cakapkan ni, tapi orang lain yang secara tak sedar terlalu percayakan orang lain bila orang tu buat baik pada kita. 



Pun itu satu common sense bila orang buat baik, secara tak langsung kita akan letakkan kepercayaan kita pada orang tu. Aku paham tu sebab aku pernah jugak buat macam tu and maybe not my luck bila orang tu tikam belakang and suddenly akan buat aku hilang kepercayaan pada certain orang sampai sekarang. Yela..setiap orang lain hati, lain perangai dan lain niatnya






Different people have different 'color'



Tapi bila fikir secara positifnya, soal trust ni dapat lindungi diri kita sebenarnya terutama girls. That's why aku cakap jangan letak 100% kepercayaan kepada boys. Korang paham kan apa maksud aku? Tak paham..mai aku explain lagi. Sebagai contoh. Korang nak keluar dating, aktiviti biasa pasangan yang bercouple yang sudah semestinya keluar bertiga termasuk pihak ketiga yang tak diundang iaitu syaitan. 



Disebabkan korang dah ada gelaran pakwe-makwe, korang pun percaya la pada boyfie korang yang kononnya akan korang nikahi. Kononnya. Si Boyfie bawak korang ke mall, korang ikut..which is still lucky sebab kat mall ramai orang. Then, lama-lama si boyfie bawak pergi ke tempat gelap, dimana kalau korang kurang bijak, korang still ikut and bila korang tak ada luck...Tadaaaaa....zina pun terjadi.





But korang sendiri ada akal and boleh berfikir which person yang boleh korang percaya and tak boleh. Dalam masa yang sama, take a risk on trusting them. Tak ada risiko dalam hidup, tak seronok la kan. That is why aku ambil risiko pergi ke KL berdua dengan rakan sekerja and tumpang tidur di tempat orang. My mum of course la tersangat bimbang sebab time tu aku tumpang rumah Kak Gadis Terbilang, which is aku just kenal dalam BCR chat room and siap tolong angkut Red Gitarputeh kat Kl Sentral. 



Risky right? Tapi aku percaya pada orang yang aku kenal and alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah. Tu semua gara-gara ada gathering BCR plus event di PICC (Tower of Faith). That's my first gathering and aku seronok gila sebab dapat main ice skating. Wuhoooo \\^0^// . 






Geng-geng BCR =)




Notakukukaki: Ahli BCR semuanya sangat sporting..Seriously sangat best.! Nak tengok gambar-gambar gathering yang lain boleh pergi ke Geng BCR disini:
CintaTulip, Fafa, CeritaSekupang. 







Ahli lain yang turut hadir: (Copy paste dari Kak GT =D):




1. Jejaka Terhangat
2. CintaTulip
3.Gadis Terbilang
4.Red Gitarputeh
5.Shy
6.Cerita Sekupang
7.Jeszyuu
8.mie fieena
9. Fafa
10.PedangTajam
11.Sufferedgezine
12.Beauty Lover
13.Zaza
14.Feeza Macho
15.Nanamanes
16.Islamic
17.The Crow (yang datang sekejap je -_-")
18.HujanMenjerit

Assalamualaikum.


Era Sekolah Rendah

Yeey.!! Xited gila lah. Korang nak tahu, duit raya kita tahun ni dah cecah RM50.. Best! Boleh beli banyak cekedis. Lagi, apa ek? Boleh belanja korang.. korang nak kita belanja? Mari lah. datang raya rumah kita dulu. Mak kita masak banyak! Sedap sedap pulak tu. Tapi kan, mak kita kata kita boleh raya seminggu je sebab kita banyak ponteng puasa. Hehe.



Era Sekolah Menengah Bawah (sesi petang)

Tak best betul lah raya ni. Serious. Adik dapat banyak duit raya. Dah lah masa shopping hari tu, asyik dia je dapat beli barang. Baju, seluar, kasut, semua dia dapat. Saya dapat apa? Hampeh. Dapat baju melayu sepasang je. Bukan adik je. Abang pun sama. Sedap je mak kasi abang keluar beraya dengan kawan kawan. Kalau saya mintak, free free je kena marah. Bukan nya saya tak pandai jaga diri. Nak raya area-area taman sebelah je kut. Eeee.. geram!!



Era Sekolah Menengah Atas (sesi pagi)

Yes. Hari raya paling aku tunggu-tunggu. Tapi yang tak adil nya aku tengok, adik pun sedap je dapat raya jugak. Dah lah hari-hari puasa setengah hari. Dapat raya sama sama pulak tu. cukup dua minggu. Kalau aku dulu? Haramm. Seminggu je dapat raya. Cis!


Memang tak adil betul. Tapi tak apa lah. Sebab raya tahun ni best sikit. First time raya dengan status in relationship. Jakun oh. Sampai baju raya pun kitorang beli sama kaler. Amacam? Obsess tak, kitorang? Mesti lah. Aku dapat raya dengan awek. Korang ada ke? Tak ada kan? Ehem.


Sometimes ketidakpuasan hati kena disuarakan

Era Pelajar Universiti (dalam negera)

Ehem. Even aku dapat berita sedih, sebab cuti raya cuma lima hari je. Korang bayang kan lah. Study jauh-jauh, dapat cuti raya lima hari je. Dah lah masa mid sem hari tu aku tak balik. Cis. Haih. Dah tu, duit raya pun dah tak dapat lagi. Penat je pasang cita cita nak duit raya cecah RM200 macam tahun lepasan SPM tu.


Tak ada mood aku nak update blog macam ni. Normal lah kan, orang kalau tension semua macam ni. Asal sikit je nak buat benda negative. Asal sikit je nak buat benda negative. Pantang di beri ujian. and aku pun tak terkecuali lah kan? Aku kan orang jugak. Haha


Tapi tak apa lah. Demi korang yang sudi follow blog aku, aku ucapkan lah Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Tapi korang jangan raya over-over. Masa Ramadhan dulu, sejuk je perut aku tengok yang perempuan pakai telekung bagai. Bila tiba raya, baju kurung kedah, baju kebaya jarang. Semua keluar. Yelah, hari kemenangan lah katakan. Bila menyambut kemenangan, kena lah tunjukkan kebebasan, ye tak? Okay aku perli. Sila noted.


Era Pelajar Universiti (luar negara)

Assalamualaikum. Tahun ni sekali lagi aku tak dapat beraya dengan family di Malaysia. Rasa rindu tu pun ada. bukan sikit, tapi banyak. Nasib baik lah aku berada kat zaman kritikal IT. At lease dapat ber-web cam dengan diorang di Malaysia. Kat sini sambut raya dengan kawan kawan je lah. Tapi yang bestnya, raya aku lain dari korang. Korang raya makan nasi, aku raya makan roti. Korang ada? Tak ada kan? Haha.


Okay okay. Aku joke. Please don't take it seriously. Well, nak buat macamana, kan? Aku ada terbaca dalam blog Gitarputeh dulu. Dia ada cakap pasal cara nak buat kita happy. And macam yang korang tahu, siapa tak sedih tak dapat raya dengan family, kan? Tahun ni je dah masuk tahun kedua aku tak balik Malaysia. Raya kat Malaysia apa tah lagi? Agaknya, bila lah aku nak balik, kan? :(


Sentiasa remaja

Era Pekerjaan (bujang)

Alhamdulillah. Akhirnya segala usaha aku untuk jadi seorang yang Berjaya akhirnya tercapai. And aku sekarang dah pun menjadi seorang Building phetologist. Tapi tu lah. Dah tiga tahun bekerja, sorang calon hidup pun belum ada lagi. Tak merasa nak beraya dengan si rusuk kiri. Empat tahun pasang cita-cita, sekali pun tak ada orang yang offer diri. Ehem.


Bukan nak kata aku tak pergi ngorat, aku pergi. The thing is, macam dah tak ada gadis yang single. Bila nak cucuk line je, jual mahal. Well, aku pernah baca satu luahan hati perempuan cakap, "Bila perempuan tak layan bukan maknanya diorang sombong. Cuma not interested".


Tak fahamlah aku. Bila nak kata perempuan tak tengok paras rupa, memang 100% aku tak percaya lah kan. Sebab, korang boleh check fb perempuan yang cakap dia tak tengok paras rupa tu. Mesti ada satu atau dua gambar artis korea yang diorang kena tag. Pastu kat caption pulak tulis "Owh, Min Ho. I want a boyfriend like you! Someone please give me one! XD". Pfft.



Era Pekerjaan (married)

Tahun ni tahun pertama aku beraya dengan si isteri. Alhamdulillah, kami masih lagi tidak meruntuhkan masjid yang kami bina. Tiba-tiba teringat kat zaman kecik-kecik dulu. Kalau raya je, mesti 'aim' duit raya. Lain tak fikir dah. Sifat bersabar yang dididik masa puasa dulu pun hilang lesap. Maklumlah, syaitan dibebaskan lah katakan.


Bila manusia semakin tua


Well, tu masa kecik-kecik dulu. Sekarang ni aku lah yang kena hulur duit raya ye tak? Tak apa lah. bersedekah. Lagipun, aku bakal dapat my very first baby hujung tahun ni. Tak tahu nak cakap aku happy macamana. Cuma korang yang ikuti perkembangan semasa blog aku jugak yang faham perasaan aku. jutaan terima kasih lah buat korang korang yang kalau-aku-update-mesti-terjah.


Aku cadangkan, nak bagi korang duit raya via top-up. Amacam? Korang nak tak? Tapi untuk korang yang kalau-aku-update-mesti-terjah je tau. Tak boleh lah kasi kat semua. Nanti dah tak ada nilai layanan istimewa. Well, they deserve it. Cumaitu je cara aku nak balas budi diorang. ^^



Era Pencen

Assalamualaikum. Tahun ni aku dah masuk 59 tahun. Maknanya dah 40+ tahun aku berblog. And rasanya dah 40+ kali jugak aku wish 'Selamat Menyambut Aidil Fitri'. Ehem. Tapi macam yang korang perasan, aku dah tak rajin update macam muda-muda dulu, kan? Maklum lah. Banyak benda nak diurus. Korang ingat senang ke nak jaga cucu? Kalau cucu tu insane yang perangainya macam orang dulu-dulu, tak apa lah jugak. Macam aku. Ehem. 


Babbling like never be old


Tapi ni entah ikut perangai siapa ntah. Aktif semacam. Itu lah, anak nak sangat kahwin dengan athlete. Sekarang aku pulak kena jaga. Maklumlah. Orang zaman sekarang mana ada fikir kebajikan orang tua. Semua nak mak bapak uruskan. Nak jaga anak pun tak pandai. Bila kita suruh dia jaga sendiri, memang banyak alasan dia bagi. Alasan typical yang aku selalu dengar, sebab orang tua lagi berpengalaman jaga anak.


Masa Ramadhan lepas aku tengok elok je langsir aku kaler emas. Ni dah tujuh syawal, aku tak faham macamana langsir aku boleh jadi kaler maroon. =,=". Kejap eh, nak pergi kerjakan cucu kejap. Nanti aku update lagi. *perasan rajin update*. Okay. Assalamualaikum.


*****

Sebenarnya aku tak pasti sama ada aku akan hadapi situasi situasi kat atas ni or tak. And kalau berlaku lah situasi era pekerjaan (married), aku rasa mesti korang bahagia kan? Aku tahu. Siapa tak nak duit raya, kan? Even umur dah 20 lebih pun ada yang mintak duit raya. Cis. And aku harap sangat anak aku tak buat aku macam orang gaji. Siapa (perempuan) ada perangai rajin jaga anak, sila inform aku ye (yang single je).


Aku nak korang tahu, masa aku publish ni aku dalam bas balik ke johor dari Perak. And di kesempatan ini, aku nak wish kat semua blogger Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Segala yang aku tulis is just for fun and enjoy. No heart feeling kayh? ^^


Terima kasih sudi baca.



Sekian


.